• Monday, 21 June 2021, 3:02 am

#WAAW: Kenapa Zynakal tutup telefon berbulan-bulan?

 #WAAW: Kenapa Zynakal tutup telefon berbulan-bulan?

PETALING JAYA : Penyanyi yang popular menerusi lagu Sakit memperuntukkan tempoh untuk ‘berehat’ daripada menggunakan teknologi dan sosial media.

Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli berkata pendekatan itu diambil bagi menenangkan kesihatan mental dan fizikalnya.

“Saya tutup telefon selama lima hingga enam bulan. Dalam tempoh itu, saya jauhkan diri daripada penggunaan teknologi termasuklah media sosial.

“Pada masa sama, saya banyak fokuskan kepada diri sendiri, ubat-ubatan seperti dinasihatkan doktor, menulis lagu dan banyakkan membaca,” katanya.

Diminta berkongsi nasihat dan pesanan kepada mereka yang berdepan masalah kesihatan mental, Zynakal berkata, setiap orang berdepan kesan yang berbeza.

“Saya tak dapat nak komen atau berikan nasihat lebih lanjut sebab kesan sakit ini kepada setiap orang itu tak sama,” katanya.

Pada 2019, Zynakal pernah menjalani rawatan dan pemulihan untuk masalah Bipolar Mania yang dialaminya.

Terbaru, Zynakal yang juga anak saudara kepada penyanyi, Zamani kini dalam proses untuk menyiapkan albumnya.

“Sekarang, sudah 70 peratus hampir siap. Dalam album itu nanti akan dimuatkan 12 lagu termasuk dua lagu lama saya,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *