Zii Jia tewaskan Momota, mara ke separuh akhir

 Zii Jia tewaskan Momota, mara ke separuh akhir

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota tewas kepada perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia semalam dalam perlawanan peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England.

Zii Jia mara ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Momota jaguh dari Jepun itu dengan 21-16, 21-19 dalam tempoh 55 minit pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.

Zii Jia, biarpun diletakkan sebagai pemain pilihan keenam kejohanan nampaknya telah  mempamerkan aksi cemerlang untuk mengejutkan juara dunia itu dan seterusnya mencatat kemenangan pertamanya dalam tujuh pertemuan diantara mereka.

Pemain ranking ke-10 dunia itu akan menentang pemain dari Belanda,  Mark Caljouw dalam peringkat separuh akhir hari ini.

Mark, kini berada di ranking ke-36 dunia, menewaskan Lakshya Sen (India) dengan 21-17, 16-21, 21-17 pada perlawanan peringkat suku akhir.

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  5  =