Zii Jia tersingkir, Sze Fei-Nur Izzudin ceriakan Malaysia

 Zii Jia tersingkir, Sze Fei-Nur Izzudin ceriakan Malaysia

Zii Jia kalah straight set. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia boleh melupakan Terbuka Denmark apabila kalah straight set kepada pemain tuan rumah, Viktor Axelsen pada perlawanan di Odense Sports Park.

Axelsen, ranking kedua dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menang 21-19, 21-19 dalam saingan selama 40 minit, lewat malam tadi.

Pemain Denmark itu akan melawan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu pada saingan empat terakhir.

Kemenangan membolehkan Axelsen membalas kekalahannya kepada Zii Jia pada final kejohanan All England 2021 sebelum inl.

Gandingan beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bagaimanapun memberi keceriaan kepada kem Malaysia apabila berjaya mara ke separuh akhir.

Sze-Fei-Nur Izzuddin mengatasi bregu juara Piala Thomas 2020 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia dan bakal berdepan gandingan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup, malam ini.

“Ini perlawanan keempat, sebelum ini kali terakhir kita jumpa dekat Swiss (Terbuka Switzerland) kami kalah. (Kali ni) kita tak nak komen banyak lah, kami akan buat yang terbaik dan buktikan yang kami mampu, Insya-Allah,” kata Nur Izzuddin menerusi video kepada wartawan tempatan.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *