Zara Zya teringin nak makan udang murah di Sabah, riah perhatian netizen?

 Zara Zya teringin nak makan udang murah di Sabah, riah perhatian netizen?

PETALING JAYA: “Saya nak pergi Sabah, nak mulakan hidup baharu disana, lepastu saya dengar makanan laut disana murah, saya nak makan udang,” itulah dialoq yang dilontarkan oleh pelakon wanita Zara Zya, menerusi drama bersiri Mr Bibik yang mengundang perhatian netizen di media sosial.

Gara-gara lontaran dialoq berkenaan, rata-rata penonton drama slot akasia di TV3 itu terhibur melihat aksi Zara yang dilihat spontan, dan telah menjadi tular di media sosial.

Ekoran itu, pelakon Zara Zya meluahkan rasa gembira serta tidak menyangka bahawa respon yang diterima sangat positif apabila ramai yang menyukai wataknya itu.

Difahamkan, dialoq tersebut memang adalah spontan meskipun pada mulanya babak tersebut adalah mood serius, namun Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berjaya menukarnya kepada kelakar dengan membuat memek mukanya yang selamba.

Makan udang tu penting, adoi tak sabar nak tengok hari ni, kak zara memang best la

“Zara kalau berlakon tak pernah tak best dan kelakar. Suka tengok dari drama i love u mr arrogant lagi

Perasaan dia nak sampai dah, sekali potong lah nak makan udang, tersembur gelak,” komen pengikutnya.

Sedikit maklumat, selain Zara Zya, drama tersebut turut dibintangi oleh pelakon Saharul Ridzwan, Raja Afiq, Roy Azman, Liza Abdullah, Wanns Ahmad dan ramai lagi, drama tersebut ditayangkan menerui slot Akasia di TV3 jam 7 malam.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *