Zakat fitrah di Perlis kekal RM7

 Zakat fitrah di Perlis kekal RM7

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR, 12 April — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri itu tahun ini adalah RM7 seorang atau segantang beras nabawi bersamaan 2.6 kilogram.

Menurut MAIPS kadar tersebut sama seperti sebelumnya iaitu RM7 seorang sejak tahun 2016.

“Penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat,” menurut MAIPS dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1442H anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Tapak Cerapan Hilal Negeri Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis dekat sini.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  44  =  48