YWP ziarah mangsa lima rumah terbakar

 YWP ziarah mangsa lima rumah terbakar


Oleh Farhana Ab Rahman

KUALA LUMPUR : Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ziarah mangsa bencana lima rumah terbakar di Rumah Panjang Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun turun padang melihat lima unit yang musnah malam tadi.

Krishna Kumari A/P Lechuman meluahkan rasa syukur dengan kehadiran YWP yang turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa di kawasan ini.

“Mereka datang memberikan wang sebanyak 500 ringgit serta barang-barang keperluan asas. Secara tidak langsung, dapat meringankan beban untuk membeli lampin pakai buang buat bapa saya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU). 

“Bukan itu saja, malah saya juga sebenarnya tidak boleh melihat dengan jelas. Mujur kami berjaya mengeluarkan enam orang ahli keluarga tanpa sebarang kecederaan. Cuma, tidak sempat hendak membawa keluar sebarang dokumen penting,” kata Krishna.

Seorang lagi penduduk di kawasan sama, Indrani A/P Munusamy berkata, ketika ini mereka sedang sibuk membersihkan dan menantikan tindakan lanjut daripada pihak berwajib.

“Kami lebih selesa untuk berada di sini menunggu arahan lebih lanjut daripada pihak bertanggungjawab. Semuanya berlaku terlalu pantas dan sekelip mata, tiada apa yang dapat saya selamatkan.

“Saya tinggal bersama ibu yang sudah uzur, mujur juga ada saudara mara yang tinggal berdekatan membantu membawa keluar ibu. Saya sendiri buntu dan menantikan bantuan daripada pihak berwajib,” kata Indrani.

Zaizalnizam berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih mengenal pasti punca kebakaran dan sumbangan bagi meringankan beban mangsa bencana juga telah diberikan.

Setiap keluarga menerima sumbangan sebanyak RM500 serta keperluan seperti keperluan asas, pakaian dan bantuan makanan daripada YWP pada hari ini.

Seramai 34 anggota dari balai TTDI, Sri Hartamas dan Sentul telah dihantar ke lokasi kejadian.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

35  +    =  42