YWP sumbangan petugas barisan hadapan

 YWP sumbangan petugas barisan hadapan


KUALA LUMPUR : Bencana banjir teruk yang melanda negara telah memberi impak terhadap banyak pihak sehingga mengorbankan nyawa dan kerugian harta benda mencecah jutaan ringgit. 

Gambar ihsan Facebook YWP

Tanpa menghiraukan penat lelah atau keselamatan sendiri, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan orang perseorangan ini tampil meredah arus sungai untuk melakukan kerja menyelamat.

Gambar ihsan Facebook YWP

Menghargai kerja keras yang tanpa had pasukan Polis Dirajaya Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerima sumbangan sebanyak 160 kotak bakul makanan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Gambar ihsan Facebook YWP

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata bantuan diagihkan sebagai tanda prihatin YWP kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras, nyawa dan masa demi menjaga keselamatan negara di ibu kota khususnya. 

Zaizalnizam mewakili Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyerahkan bantuan bakul makanan bersama beras kepada Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif untuk diagihkan kepada anggotanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  13  =  22