Youtuber maut ditembak ketika gurau ‘merompak’

 Youtuber maut ditembak ketika gurau ‘merompak’

NASHVILLE, AMERIKA SYARIKAT — Timothy Wilks, pemuda berusia 20 tahun yang popular di saluran Youtube dengan video gurauan ‘prank’, mati ditembak ketika membuat video aksi rompakan olok-olok malam Jummat lalu. Di dalam cubaan membuat video viral tersebut, Timothy dan seorang rakannya dikatakan mendekati sekumpulan individu di tempat letak kereta sebuah kedai menjual peralatan sukan, Urban Air, sambil memegang pisau pemotong daging.

Salah seorang dari individu di dalam kumpulan itu, David Starnes Jr., 23, terus mengeluarkan senjata api lalu menembak “penjenayah” tersebut, kerana beliau terasa nyawa diri dan rakan-rakannya terancam. Penembak tersebut memberitahu pihak polis yang beliau tidak tahu bahawa itu semua hanyalah satu gurauan.

Setakat ini David Starnes Jr. tidak menghadapi sebarang tuduhan, dan pihak berkuasa menyiasat kejadian ini sebagai kes mempertahankan diri, menurut Polis Metropolitan Nashville.

Video gurauan ‘prank’ amat popular di Youtube dan dengan pengikut yang ramai, setiap video yang viral boleh membuahkan pendapatan yang lumayan kepada para Youtuber. Namun, seperti yang kita lihat dengan kes ini, gurauan yang terlalu ekstrim dan kurang cerdik boleh menyebabkan anda ditimpa kemalangan atau melanggar undang-undang; ataupun paling sedih, mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain yang tidak bersalah.

Jadi, pengajaran kepada para ‘influencer’ semua: nak popular pun, berhati-hati ye dik!

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  2