• Friday, 18 June 2021, 2:29 am

YDP Agong anjurkan sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu

 YDP Agong anjurkan sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari bertitah baginda akan menganjurkan sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Rabu depan.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Dato Pengelola BijayaĀ  DiRaja Istana Negara, Dato’Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perbincangan khas tersebut adalah inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda.

“Perbincangan khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan usaha-usaha memerangi penularan wabak Covid-19 dan perlaksanaanya semasa tempoh darurat,” katanya.

Perbincangan khas ini adalah kali kedua dilaksanakan di Istana Negara dimana perbincangan kali pertama berlangsung pada 25 Okt 2020.

Siaran media yang dikeluarkan oleh Istana Negara sebentar tadi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *