Yasmin Hani sahkan sudah bercerai

 Yasmin Hani sahkan sudah bercerai

PETALING JAYA : Pengacara dan pelakon, Yasmin Hani mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Shahrin Razali namun memilih untuk tidak memperincikan punca perpisahan mereka.

Jelas Yasmin, dia dan bekas suami sudah mencapai kata sepakatan untuk mengutamakan dua cahaya hasil perkongsian hidup bersama. Malah, dia turut berharap pengertian semua pihak berhubung perkara itu. 

“Kami bersetuju memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kami juga bersepakat dalam membesarkan dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa. Walaupun memilih untuk berpisah, kami akan terus menjadi keluarga penyayang. Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat.

“Kami masih rapat kami kami tetap ibu dan bapa kepada Noah dan Eissa. Moga ruang privasi ini terus dihormati. Sama-sama kita menyebarkan aura positif. Alhamdulillah, kami okay dan pandang ke hadapan,” kata Yasmin.

Spekulasi rumah tangga Yasmin Hani dan Shahrin Razali yang dikatakan bermasalah akhirnya terjawab apabila pengacara dan pelakon itu mengesahkan mereka sudah berpisah melalui entri di Instagram (IG), Jumaat petang.

Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

58  −    =  54