• Friday, 18 June 2021, 1:22 am

Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti

 Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti

Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam dilimpahi empat cahaya iaitu merah, putih, hijau dan hitam melambangkan bendera Palestin sebagai solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis dari jam 8 malam sehingga 12 tengah malam ketika tinjauan di Pusar Bandar Shah Alam

SHAH ALAM, 20 Mei —  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak ketinggalan bersama-sama rakyat Malaysia dan dunia amnya bagi menzahirkan tanda solidariti mereka terhadap rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis.

Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di Bangunan Wisma MBSA, Seksyen 14 dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin (17 Mei).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata pihaknya berharap dengan pemasangan lampu tersebut dapat meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia, khususnya warga Shah Alam berhubung isu yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Shahrin berkata buat masa sekarang lampu tersebut akan terus dipasang untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

“Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin serta berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *