Waspada perosak perpaduan umat – Hadi Awang

 Waspada perosak perpaduan umat – Hadi Awang

SHAH ALAM, 10 Dis — Tujuan perpaduan bangsa dan agama tidak akan lengkap tanpa Bersatu, PAS dan Umno kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, ini kerana Melayu dan Islam bukan sahaja melibatkan parti UMNO dan Pas, malahan Bersatu yang merupakan parti besar,” katanya dalam satu kenyataan Minda Presiden yang dikongsi oleh laman Facebook PAS Pusat pada Khamis.

“Hari ini kita di Malaysia berjaya menyatukan umat melalui pendekatan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN). Permulaannya dengan perpaduan Islam dan Melayu serta bumiputera dengan gagasan Muafakat Nasional (MN).

“Seterusnya mengumpulkan tiga buah parti Melayu terbesar (UMNO, PAS dan BERSATU) bersama rakan-rakan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menyempurnakan usaha bagi menukar kerajaan secara Demokrasi Berparlimen.

Menurut Hadi lagi, untuk bergerak ke arah penyelesaian masyarakat majmuk mestilah diikuti oleh penyertaan daripada kalangan parti bukan Melayu dan bukan Islam dengan menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Melayu dan Islam itu bukan sahaja melibatkan UMNO dan PAS, tanpa BERSATU. Perpaduan tersebut tidak lengkap dan tidak akan mencapai tujuan tanpa kebersamaan tiga parti Melayu terbesar termasuklah BERSATU bagi mencapai hikmahnya.

Oleh itu kata beliau, keanggotaan Muafakat Nasional (MN) tidak terhad kepada UMNO dan PAS ataupun BERSATU sahaja kerana perpaduan umat pula bukan hanya merangkumi kelompok Melayu dan Islam sahaja, tetapi mestilah juga meliputi seluruh masyarakat majmuk termasuklah golongan bukan Islam dan bukan Melayu.

“Kita menyaksikan selepas kejayaan mengambil alih Putrajaya (Kerajaan Persekutuan), betapa peranan yang dipergunakan oleh pihak tertentu yang gilakan kuasa untuk menggagalkan perpaduan umat. Pada masa yang sama, golongan tersebut berusaha untuk memecahbelahkannya dengan provokasi yang dicipta atau diolah mengikut perancangannya yang jahat terhadap umat.

“Perkara tersebut dilakukan semata-mata demi memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi. Antara tindakan yang dilakukan ialah mengadu domba pada titik perbezaan yang wujud, walaupun perkara tersebut tidak penting dan meninggalkan perkara yang lebih penting,” katanya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1