Washington buka semula saluran komunikasi diplomatik dengan Palestin

 Washington buka semula saluran komunikasi diplomatik dengan Palestin

NEW YORK, 26 Mac — Washington akan “membuka semula saluran komunikasi diplomatik” dengan Palestin yang terputus ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, kata Duta Amerika Syarikat (AS) untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Linda Thomas-Greenfield pada Khamis.

“Sejak Januari, hubungan diplomatik kami yang berteraskan kemajuan berterusan menuju perdamaian mesti didasarkan pada rundingan aktif oleh kedua-dua pihak.

“Sehingga itu, pentadbiran kami akan mengambil langkah menyambung semula saluran komunikasi diplomatik. Hubungan kami mempunyai tujuan yang sama: menyokong penyelesaian konflik Israel-Palestin secara aman,” kata Thomas-Greenfield pada sidang video taklimat Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sambil menyatakan sokongan berterusan Washington kepada Israel, Thomas-Greenfield, berkata AS ingin “melihat Israel dan Palestin mengambil langkah ke arah penyelesaian dua negara.”

“Di bawah kepemimpinan Presiden Biden, AS kembali komited dengan visi penyelesaian dua negara yang dipersetujui bersama, iaitu Israel hidup aman damai di samping negara Palestin yang berdaulat,” katanya.

Thomas-Greenfield berkata Biden sedang memulihkan program bantuan AS yang menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

“Secara khusus, AS hari ini mengumumkan bantuan kemanusiaan sebanyak US$15 juta untuk menyokong masyarakat paling terjejas di Tebing Barat dan Gaza,” tambahnya.

Trump sebelum ini memotong bantuan ratusan juta dolar kepada rakyat Palestin, dan hubungan diplomatik dengan Palestin terhenti.

Pihak Berkuasa Palestin memutuskan semua hubungan rasmi dengan Rumah Putih dan Jabatan Negara seleps Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sbagai ibu negara Israel pada Disember 2017.

Namun, kerjasama keselamatan tetap diteruskan.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

66  −    =  59