Wartawan adalah wira negara – PM

 Wartawan adalah wira negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Wartawan sanggup mengharungi bahaya, termasuk mempertaruhkan nyawa mereka, dengan menjalankan tugas untuk menyebarkan maklumat berkaitan pandemik kepada orang ramai.

Perdana Menteri berkata, ternyata wartawan adalah antara wira yang tidak di dendang ketika negara dan dunia dilanda COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri turut berkata, wartawan juga melalui situasi mencabar untuk memastikan mereka yang terkurung di rumah semasa PKP mempunyai akses kepada maklumat dan dapat mengikuti perkembangan semasa.

“Tanpa wartawan, mustahil berita dan maklumat penting dapat disalurkan dengan cepat dan meluas, dan ini juga termasuk sidang media COVID-19 yang diadakan hampir setiap hari.

“Wartawan telah banyak menyumbang kepada negara, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wartawan yang berada di barisan hadapan semasa wabak ini. Tahniah dan terima kasih! Ismail berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Malam Wartawan Malaysia 2021.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  5  =