Warna-warni serlahkan Tahun Baru di Linxia

 Warna-warni serlahkan Tahun Baru di Linxia

Oleh Irwan Abdul Rahman

Di Malaysia, masyarakat Tionghua menyambut ketibaan setiap tahun baru dengan tarian singa dan paluan gendang, dentuman bunga api dan juga tradisi ‘makan besar’, di mana seluruh keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan pelbagai aneka juadah makan malam. Lengkap berpakaian merah, tua muda turut bertukar-tukar paket ang pow dan berkongsi juga cerita.

Bagaimana pula tahun baru ini disambut di luar negara?

Seni ikatan yang menarik

Bagi masyarakat yang hidup di bandar Linxia, yang terletak di tengah-tengah negara China, tahun baru disambut secara besar-besaran. Penduduk bandar ini membuat persediaan awal untuk menyambut perayaan ini dari siang hinggalah ke larut malam.

Menurut Nan Hua, seorang guru bahasa Inggeris di Linxia College, “Baik di pendalaman mahupun di bandar, setiap orang akan mengemas dan menghiasi rumah dengan pelbagai lampu berwarna-warni, selain dari hiasan tali yang diikat cantik.

“Kami juga akan menyediakan bermacam jenis makan yang sedap, antaranya pastri yang digoreng, stim ataupun dibakar,” kata beliau yang juga mesra dipanggil dengan nama ‘David’. “Kami juga akan siapkan pelbagai jenis masakan daging ayam, lembu, kambing dan juga khinzir.”

Sambutan di sini tidak lengkap jika tidak dimeriahkan dengan tarian Yang Ge, yang terdiri dari kombinasi tarian singa, naga, keldai dan lembu. Masyarakat di sini bergotong-royong untuk menjayakan persembahan ini, bagi menyambut tahun baru dan juga menandakan masuknya musim bunga.

Yang sama penting, kata Nan Hua, adalah sambutan perayaan di rumah. Sepertimana di sini juga, ahli keluarga yang muda akan berjumpa dengan orang yang lebih tua bagi memohon kemaafan dan menunjukkan tanda hormat.

Ikuti galeri foto berikut untuk melihat lebih lanjut:

 

Irwan Abd Rahman

https://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  2  =