Warga OKU Ipoh terima suntikan vaksin

 Warga OKU Ipoh terima suntikan vaksin

Pasangan kembar Orang Kurang Upaya (OKU), Lam Wai Kin (duduk) dan Lam Wai Yip (belakang) menerima vaksin COVID-19

IPOH, 12 Jun – Beberapa individu daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di di Sekolah Semangat Maju, Ipoh menerima vaksin COVID-19 dos pertama semalam.

Seperti rakan-rakan mereka, pasangan kembar Lam Wai Kin dan Lam Wai Yip, 39 tahun, begitu teruja untuk menerima vaksin tersebut dengan bersiap awal, mengenakan pakaian yang sama, bersarapan dan kemudiannya menanti kakak mereka untuk dihantar ke sekolah tersebut, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumah mereka di Bercham di sini.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas dibuka khusus bagi warga sekolah tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan vaksin bermula semalam.

– BERNAMA

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  +    =  99