Warga Myanmmar ditemui lemas

 Warga Myanmmar ditemui lemas

Mayat mangsa ditemui pada 9.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Selangor.

RAWANG, 15 Jun — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBOM) Selangor menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai terjatuh dilombong ketika menangkap ikan di sini.

Seramai 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang terbabit dalam operasi bersama 11 anggota PPDA dari BBP Shah Alam dan BBP Klang dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) serta dua pasukan bomba sukarela (PBS).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mayat mangsa, Chit Win Naing, 26, ditemui pada 9.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Selangor.

Menurutnya, pihak Bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.43 malam semalam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

“Seramai 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang terbabit dalam operasi bersama 11 anggota PPDA dari BBP Shah Alam dan BBP Klang dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) serta dua pasukan bomba sukarela (PBS).

“Maklumat daripada rakan mangsa, mereka sedang mencari ikan bersama  sebelum tenggelam di dalam lombong sedalam lebih tiga meter itu.

“Operasi pencarian ditangguhkan malam tadi sebelum disambung semula pada 8.30 pagi ini,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mayat kemudian ditemui pada jam 9.37 pagi  di lombong berhampiran Jalan KRI 2, Taman Perindustrian KRI Rawang di sini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  −    =  80