Warga emas tunggang basikal elektrik maut

 Warga emas tunggang basikal elektrik maut

Oleh Nurman Nasyriq

BATU PAHAT, 14 Mei – Seorang warga emas yang menunggang basikal elektrik maut manakala rakannya cedera selepas melanggar sisi kanan sebuah lori di Kilometer 125 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat sini Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 8.45 malam, Ho Hee Kiong, 66, bersama-sama seorang rakan yang belum dikenal pasti identiti menunggang basikal elektrik di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa keluar dari simpang Jalan Sena menghala ke Tanjung Labuh.

Mangsa melanggar bahagian sisi kanan sebuah lori di jalan utama dari arah Batu Pahat ke Tanjung Labuh yang dipandu seorang lelaki tempatan, 56.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dalaman badan serta maut di tempat kejadian. Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

‘Dalam pada itu pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati terutamanya pada waktu malam.

“Pengunaan basikal elektrik di jalan raya hendaklah mematuhi undang-undang di bawah Kaedah 42 LN 166/59 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM2,000 jika melakukan kesalahan,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  6  =