Warga emas maut elak babi melintas

 Warga emas maut elak babi melintas

Oleh Nurman Nasyriq

KOTA TINGGI, 5 Apr- Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Perodua Alza dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung semasa mengelak seekor babi hutan melintas di Kilometer 34 Jalan Lok Heng-Mawai, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi, kereta yang dipandu Suhaimi Bahudin, 60, terbalik dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan kebun sawit di tepi jalan berkenaan dan mangsa tercampak keluar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu
Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu
Pegawai Perubatan dari hospital berdekatan.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 8.40 pagi,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

63  −    =  59