Warga emas maut dipijak gajah

 Warga emas maut dipijak gajah

Oleh Nurman Nasyriq

MERSING, 12 Feb: Hasrat dua beranak pergi memancing di Hutan Simpan Teresap, Endau di sini berakhir tragedi apabila dipijak gajah liar semalam.

Kejadian berlaku ketika Din Janja, 61, dan anaknya, Endra, 18, masuk ke kawasan hutan berkenaan kira-kira pada jam 8.30 pagi untuk memancing dan terserempak seekor gajah yang secara tiba-tiba menyerang mereka.

Warga emas itu dipijak gajah tersebut manakala anaknya sempat melarikan diri sebelum meminta bantuan penduduk kampung kira-kira 10 pagi.

Mangsa tinggal di Kampung Orang Asli Labong, Endau.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban berkata, mangsa dibawa keluar lokasi jam 12 tengah hari tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pihak berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Sementara itu, tinjauan kakitangan Perhilitan Mersing di lokasi kejadian bersama-sama wakil Orang Asli mengesahkan terdapatnya kesan tapak kaki disyaki seekor gajah jantan.

“Begitu juga terdapat kesan tempat tidur gajah dan kesan pokok tumbang baharu disyaki dilakukan gajah tersebut,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  2  =