Warga emas maut dilanggar treler

 Warga emas maut dilanggar treler

Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah treler di Kilometer 9, Jalan Muar-Yong Peng, Parit Yaani, Batu Pahat, semalam. Foto WMY/Nurman Nusyriq

BATU PAHAT, 18 Jun — Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah treler di Kilometer 9, Jalan Muar-Yong Peng, Parit Yaani di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian pada jam 1.40 petang itu melibatkan motosikal jenis SYM Bonus dipandu mangsa, Nasri@Ashari Emok, 73, dan sebuah treler dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Jalan Lintang Luar hendak melintas jalan ke simpang Parit Aton.

“Ketika melintas jalan, motosikal mangsa dilanggar sebuah treler yang datang dari arah Yong Peng menghala ke arah Sri Medan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semasa kejadian, keadaan cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1