Warga emas maut digilis lori

 Warga emas maut digilis lori

Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Malang tidak berbau apabila, seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas digilis lori.

Penunggang malam berkenaan terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Selambau-Jeniang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.50 malam itu, lelaki warga emas berusia 62 tahun yang juga pesara tentera meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami cedera parah dikepalanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati mangsa ketika itu dalam perjalanan ke arah Jeniang.

“Mangsa datang dari Teloi dan dia yang tidak berhenti terus keluar simpang kanan jalan sebelum merempuh sebuah motosikal lain yang datang dari Jeniang.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan ketika itu lori dipandu seorang lelaki yang datang dari arah Bukit Selambau tidak sempat mengelak dan menggilis kepalanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian cuaca hujan dan kawasan terbabit yang juga simpang tiga berselekoh agak gelap kerana tiada lampu jalan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Harian Metro.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +    =  3