Warga emas bangga dapat suntikan vaksin.

 Warga emas bangga dapat suntikan vaksin.

Muhammad Salleh Montel 69, bergambar kenangan di Dewan MPJ Jasin, Melaka selepas mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19

MELAKA, 11 Mei — Seorang pesara warga emas disini bangga masih mampu melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Muhammad Salleh Montel, 69 dari Jasin, Melaka memberitahu Wacana.my beliau mengambil vaksin sebagai langkah perlindungan dan mengikut nasihat pihak berwajib.

“Saya mendaftar sendiri menggunakan aplikasi MySejahtera, ia mudah digunakan dan saya turut mendaftarkan untuk isteri saya mendapatkan vaksin,” katanya.

Ditanya jika beliau menghadapi sebarang masalah selepas mendapatkan vaksin, Muhammad Salleh berkata beliau tidak ada apa-apa masalah selepas vaksinasi.

“Cuma tempat suntikan sedikit sakit keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah pesara dan penceramah itu, beliau tidak risau kerana vaksinasi ini adalah sebagai ikhtiar melindungi diri dan bertawakkal kepada Allah dalam kita berdepan dengan wabak COVID-19.

Muhammad Salleh turut menasihati mereka yang masih ragu-ragu dan takut untuk mengambil vaksin ini agar segera berdaftar dan dapatkannya segera.

“Tak ada apa yang nak ditakutkan, Kerajaan kita mengeluarkan belanja berbilion ringgit untuk menjaga kesihatan kita mengapa mahu disia-siakan,” katanya tenang.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

33  +    =  43