Warga Asing antara 33 dikompaun langgar SOP

 Warga Asing antara 33 dikompaun langgar SOP

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Polis mengeluarkan kompaun terhadap 33 orang pengunjung leka berpesta sambut hari jadi lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brockfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, mereka terdiri daripada 32 warganegara tempatan dan seorang warga asing.

“Kesemua mereka dikompuan atas kesalahan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN Fasa 4) dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Hasil semakan awal mendapati kesemua pengunjung tiada rekod jenayah lampau namun ujian air kencing terhadap mereka mendapati dua orang pengunjung mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Amihizam turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat berkaitan ‘Private Party’ tersebut.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

73  +    =  80