Warga Afghanistan protes Taliban tutup sempadan Pakistan

 Warga Afghanistan protes Taliban tutup sempadan Pakistan

KABUL, 25 Okt — Penduduk Afghanistan meneruskan protes susulan penutupan sempadan Chaman, yang menghubungkan negara itu dan Pakistan.

Sempadan yang sering digunakan pelarian untuk memasuki Pakistan itu ditutup sejak 5 Oktober oleh pemerintah Taliban.

Penutupan laluan itu tidak selari dengan ketetapan Pakistan yang bersikap terbuka untuk menjaga hubungan dua hala bersama Taliban.

Walau bagaimanapun, Menteri Luar Pakistan dalam masa sama turut mengumumkan bantuan kemanusiaan bernilai 5 bilion rupee atau AS$280 juta buat Afghanistan.

Selain itu, pihaknya masih mencuba untuk meneruskan perkhidmatan penerbangan ke Kabul selepas ia dihentikan sejak Taliban ambil alih Afghanistan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *