• Sunday, 20 June 2021, 11:06 am

Wanita ‘wheelie’ motosikal ditahan polis

 Wanita ‘wheelie’ motosikal ditahan polis

Oleh Nurman Nasyriq

BATU PAHAT, 22 Mei – Aksi seorang wanita menunjukkan gaya ‘wheelie’ menunggang motosikal dan memuat naik dalam media sosial memakan diri apabila
ditahan polis di rumahnya semalam.

Penunggang wanita, 21, dan seorang remaja lelaki, 16, yang membonceng motosikal itu ditahan di Jalan Pantai di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sebuah motosikal turut disita.

“Tangkapan dibuat selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesan satu video memaparkan aksi itu dalam laman sosial pada jam 2.30 jam semalam.

“Siasatan mendapati aksi ‘wheelie’ yang berdurasi 31 saat berlaku pada 4.45 petang, 10 Mei lalu di Jalan Dato’ Syed Esa di sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ismail berkata, wanita dan remaja lelaki tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas siasatan dan diambil keterangan.

Siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *