Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Wanita UMNO akur keputusan pimpinan parti

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
Oleh Suraya Ali
KUALA LUMPUR, 29 MAc – Pergerakan Wanita UMNO akur dengan segala keputusan yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi parti itu.
Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata sebagai ahli parti, Wanita UMNO tetap akur dengan keputusan untuk tidak bersama DAP, PKR dan BERSATU dalam PRU-15 akan datang dan seterusnya UMNO kekal bertanding atas logo Barisan Nasional (BN)’
“Wanita UMNO sekali lagi ingin menegaskan akan terus memberi kepercayaan kepada Presiden parti dan Ahli MKT dalam meneliti, mengkaji dan membuat keputusan politik yang terbaik demi memastikan UMNO kembali menjadi pilihan dan pengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dr Noraini berkata, Wanita UMNO juga percaya apa pun keputusan pucuk pimpinan UMNO, ia adalah untuk memastikan kepentingan dan kedudukan parti kerana UMNO adalah sebuah pertubuhan yang bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja-Raja tetapi menyatukan semua bangsa.
“Sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO akan sentiasa memberikan seluruh komitmen terhadap perjuangan tanpa belah bagi,” tegasnya.