Wanita UMNO akur keputusan pimpinan parti

 Wanita UMNO akur keputusan pimpinan parti

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 29 MAc – Pergerakan Wanita  UMNO  akur  dengan  segala  keputusan yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Majlis  Kerja  Tertinggi parti itu.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata sebagai ahli parti, Wanita UMNO tetap akur dengan  keputusan untuk tidak bersama DAP, PKR dan BERSATU dalam PRU-15 akan datang dan seterusnya UMNO  kekal bertanding atas logo  Barisan Nasional (BN)’

“Wanita UMNO sekali lagi  ingin menegaskan akan terus  memberi kepercayaan kepada Presiden parti dan Ahli  MKT  dalam meneliti, mengkaji  dan  membuat keputusan politik yang terbaik demi memastikan  UMNO kembali menjadi  pilihan  dan  pengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noraini berkata, Wanita  UMNO juga percaya apa  pun  keputusan pucuk pimpinan UMNO,  ia  adalah  untuk  memastikan kepentingan dan kedudukan parti kerana UMNO adalah sebuah pertubuhan yang bukan sahaja memperjuangkan  orang Melayu, Islam dan Raja-Raja  tetapi  menyatukan  semua bangsa.

“Sebagai tulang belakang  parti,  Wanita UMNO akan sentiasa  memberikan seluruh komitmen terhadap perjuangan tanpa  belah bagi,” tegasnya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  3