Wanita PN Tenggara santuni peniaga bazar Ramadan

 Wanita PN Tenggara santuni peniaga bazar Ramadan

Jawahir (kiri) menyerahkan sumbangan kepada peniaga bazar Ramadan

KOTA TINGGI, 11 Mei – Wanita Perikatan Nasional (PN) Tenggara menyantuni peniaga dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada mereka di bazar Ramadan Taman Sri Saujana di sini, kelmarin.

Program Sentuhan Kasih Prihatin Tenggara itu diketuai Ketua Wanita PN Tenggara, Jawahir Husein yang juga Exco Srikandi BERSATU Malaysia.

Seramai 50 peniaga di bazar Ramadan itu menerima sumbangn tersebut dan Wanita PN turut menyampaikan buah kurma sumbangan Perdana Menteri merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Jawahir, pihaknya juga menyerahkan pelitup muka sebagai langkah mengawal penularan COVID-19 di kalangan peniaga dan pengunjung bazar.

“Dalam program ini, Wanita PN Tenggara turut menyampaikan kuih raya kepada peniaga,” katanya.

Dalam program itu, Wanita PN Tenggara turut menasihati peniaga dan pengunjung mengenai pentingnya SOP dalam menghindarkan penularan COVID-19 dan perlu mengamalkan SOP yang ketat bagi menghindarkan penularan pandemik berkenaan.

“Sambutan raya semakin hampir. Jangan kita leka atau lalai mengenai penularan pandemik COVID-19. Pastikan kita sentiasa memakai pelitup muka, insya Allah kita semua dapat menyambut Aidilfitri dengan selamat,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  30  =  35