Wanita Palestin sarat hamil di penjara Israel dibebaskan

 Wanita Palestin sarat hamil di penjara Israel dibebaskan

Video Anhar al-Deek menemui keluarganya selepas beliau dibebaskan dari penjara penjajah Zionis. Foto- Quds News Network

RAMALLAH, 3 Sept — Seorang wanita Palestin, Anhar al-Deek yang ditahan di penjara Israel dan sedang sarat hamil akhirnya dibebaskan hari ini.

Walaubagaimanapun, Israel meletakkan syarat untuk Anhar diikat jamin 40,000 shekel atau kira-kira 12,500 dolar Amerika Syarikat (USD) sebelum dibebaskan dan dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya.

Anhar dilapor bakal melahirkan bayinya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Masyarakat di seluruh dunia sebelum ini mengecam tindkan negara tersebut yang memenjarakan Anhar dan dilaporkan ibu muda berusia 25 tahun itu langsung tidak diberikan simpati daripada pihak penjara Zionis walaupun sedang hamil.

 

 

Laporan juga mendapati, Anhar berkemungkinan besar akan melahirkan bayinya dalam keadaan kaki yang bergari semasa masih berada dalam penjara Israel.

Untuk rekod, Anhar ditahan tentera Israel kira-kira lima bulan lepas kerana dituduh cuba melakukan serangan di sebuah kawasan penempatan haram Israel berdekatan dengan kawasan yang menjadi tempat tinggalnya.

Penahanan Anhar dilapor tidak langsung dibicarakan, malahan penahanannya dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  −    =  35