Wanita OKU cedera terjatuh jejantas

 Wanita OKU cedera terjatuh jejantas

Wanita OKU cedera selepas terjun dari jejantas di Setia Walk, Puchong .FOTO – POLIS

 

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) cedera selepas terjatuh daripada jejantas di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menghala Shah Alam berhampiran Setia Walk, Puchong di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A . Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.25 petang apabila mangsa terbaring cedera parah di lorong kiri di lokasi kejadian.

Menurut Polis, mangsa mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Teluk Intan, Perak namun datang ke Selangor sejak empat bulan lalu untuk dijaga abangnya.

“Punca tindakan berikutan mangsa selisih faham dengan keluarganya lalu beliau mengalami tekanan.

“Punca perselisihan faham adalah kerana mangsa selalu merayau dan menghilangkan sehingga ditegur oleh abangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita berusia 44 tahun itu cedera di mata kiri, bibir dan kaki kiri disyaki patah serta dirawat di Hospital Serdang.

Selain itu mangsa perlu mendapatkan suntikan untuk rawatan psikiatri di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong setiap dua minggu.

Mangsa kini dalam keadaan stabil.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

45  +    =  46