Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Wanita mengandung, menyusu bayi diminta kemaskini maklumat di MySejahtera.

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Wanita mengandung kini boleh mengemaskini maklumat di aplikasi MySejahtera.
Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, wanita yg tergolong dalam kategori ini akan mendapat temujanji vaksinasi mengikut jenis yang sesuai di pusat-pusat vaksinasi terdekat mereka.
Khairy turut menyarankan golongan ini untuk menerima vaksin pada tempoh 14 hingga 33 minggu hamil berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan.
Sebelum ini, Khairy memaklumkan, pemberian vaksin terhadap golongan tersebut disyorkan kepada penggunaan vaksin Pfizer.
Ini termasuk arahan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menyelaras dengan beberapa hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada golongan tersebut.