Wales bertemu Denmark dalam pembuka tirai pusingan kalah mati Euro 2020

 Wales bertemu Denmark dalam pembuka tirai pusingan kalah mati Euro 2020

AMSTERDAM, 26 Jun — Wales akan bertemu Denmark di Amsterdam Arena, awal pagi esok dalam perlawanan pembuka tirai bagi pusingan kalah mati pertama Euro 2020.

Wales yang dibintangi kaptennya Gareth Bale akan membawa status underdog ketika menentang Denmark, yang dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pentas suku akhir Euro 2020.

Namun, Bale memberi amaran bahawa pasukannya tidak akan mengaku kalah begitu sahaja dan tidak memandang rendah terhadap kualiti yang dimiliki rakan sepasukannya.

Wales muncul naib juara Kumpulan A di belakang Itali pada peringkat kumpulan untuk mencapai peringkat kalah mati Euro buat kali kedua berturut-turut, setelah mara ke separuh akhir pada 2016.

“Kami selalu underdog, kami sudah terbiasa. Namun gelaran itu tidak membawa apa-apa perubahan pada perlawanan nanti.

“Denmark berhak untuk berada di sini. Nampak gayanya kami akan menentang pasukan yang sangat bagus,” katanya pada media.

Denmark mencatat kemenangan untuk mara ke-16 terakhir dengan kemenangan 4-1 ke atas Rusia dalam pertandingan kumpulan terakhir mereka – beberapa hari selepas kejatuhan pemain bintangnya, Christian Eriksen akibat serangan jantung.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

82  −  78  =