Penguat kuasa MPKS kena maki?

 Penguat kuasa MPKS kena maki?

PETALING JAYA: Seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dipuji netizen yang menunjukkan sifat sabar apabila diganggu, diugut dan dicabar untuk bergaduh oleh seorang lelaki.

Insiden tersebut telah berlaku di kawasan Saujana Utama dan menerusi perkongsian video di Facebook berdurasi satu minit itu menunjukkan lelaki terbabit melemparkan kata-kata berbaur ugutan dan cacian terhadap penguat kuasa berkenaan.

Tidak habis disitu, individu tersebut berang apabila anggota penguat kuasa berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan ugutan yang dibuatnya, lalu telah menganggu kerja penguat kuasa dengan mengajaknya bergaduh di kawasan berkenaan.

https://www.facebook.com/groups/saujana/permalink/4808320712544082/

Melihat perkongsian video yang dibuat oleh individu Izzan Rashid yang kemudiannya tukar di media social, rata-rata telah meninggalkan komen positif dengan menyatakan penguat kuasa berkenaan hanya menjalankan tugasan.

Individu berkenaan telah dikecam oleh warga netizen kerana tindakannya yang tidak bermoral itu.

Antara komen netizen terhadap penguatkuasa itu adalah :

“Hormat saya pada abang MPKS ni, tahap kesabaran anda sangat-sangat aku kagum, semoga abang petugas MPKS ni beroleh keselamatan dan dimurahkan rezeki

“Dah kene cekup nnt buat video muka kesian minta maaf. Halah, faham sangat modus operandi orang macam ini

Selain menurut sumber, ada dakwaan yang mengatakan individu terbabit kurang sihat dan tidak normal kerana sering bercakap berseorangan.

“dia tak berapa sihat rasanya, selalu cakap seorang-seorang

“Owh lelaki ni mental sikit, orang saujana tahu la kisah dia,” komen netizen.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

77  −    =  72