Wajarkah aplikasi mengundi dalam talian dicipta pada masa depan?

 Wajarkah aplikasi mengundi dalam talian dicipta pada masa depan?

KETIKA ini, seramai 15.3 juta penduduk Malaysia layak mengundi berdasarkan kepada rekod daftar pemilih suku tahun pertama tahun 2021 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di Sarawak dan Sabah, rekod daftar pemilih mencatatkan lebih 1.18 juta manakala di Labuan merekodkan seramai 28,204 bagi penduduk layak mengundi.

Jika dihitung jumlah penduduk layak mengundi dalam negara, ia masih terendah berbanding negara-negara lain di dunia.

Semakin berkembang teknologi seiring peredaran semasa, mahu tidak mahu, rakyat harus bergerak bersama dasar dan polisi semasa negara.

Daripada aplikasi mudah alih sektor tempahan makanan, sektor penghantaran barangan dan penumpang serta sektor gedung beli belah, ini menunjukkan bahawa teknologi penting dalam menjana ekonomi negara melalui perniagaan, peluang pekerjaan dan pendapatan selain impak kepada mesra pengguna.

Bagaimana pula sekiranya ada aplikasi mengundi dan memilih wakil rakyat dalam talian menjelang pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK) pada masa depan?

Nampak pelik tetapi tidak mustahil untuk diperkenalkan. Dulu beratur awal pagi hingga ke petang untuk pangkah undi, masa depan mungkin hanya dengan tekan dihujung jari di telefon bimbit atau komputer.

Pengenalan undi dalam talian diperkenalkan dalam pilihan raya di Venezuela pada 2004 sehingga dilaksanakan untuk lima negara iaitu Amerika Syarikat, UK, Argentina, Singapore dan Bulgaria pada 2019.

Antara kaedah keselamatan yang diguna pakai adalah penggunaan cap jari sebagai pengesahan dan pilihan maklumat calon bertanding di paparan skrin untuk dipilih.

Kemudian, resit penyertaan akan dicetak untuk pengundi dan pengiraan keputusan undi akan dikira secara automatik di setiap mesin pusat mengundi yang mempunyai wakil–wakil pegawai pilihan raya dan pemerhati.

Ini secara langsung akan memberikan hasil keputusan undi secara pantas dan tepat kepada rakyat.

Yang menjadi perdebatan hangat kini adalah sejauh mana tahap keselamatan aplikasi undi dalam talian agar tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan?

Sudah tentu pakar-pakar pembangunan teknologi dan keselamatan di agensi kerajaan mahupun swasta mampu untuk mengembelang tenaga dan fikiran untuk mengatasi perkara ini dalam memastikan data pengguna tidak bocor, pelaksanaan telus dan penjimatkan masa dan kos kepada rakyat dan kerajaan.

Putra Ahmad merupakan seorang penganalisis politik yang pernah berkhidmat di beberapa agensi media tempatan dan kini sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Sains Politik.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *