Tular Jho Low pakai tudung, macam anak dan ayah!

 Tular Jho Low pakai tudung, macam anak dan ayah!

Tular di media sosial mengenai usikan netizen terhadap seorang gadis bernama Nur Atiqah Abdul Malek yang didakwa bahawa iras wajahnya mempunyai persamaan dengan Low Taek Jo atau Jho Low yang diburu polis.

Menurut gadis berusia 26 tahun itu, akhirnya dia terpaksa “mengaku” iras wajahnya memang ada persamaan dengan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Dia kemudian mengambil keputusan menerbitkan video Tik Tok yang memaparkan wajahnya dengan gambar Jho Low sebagai latar belakang. Walaupun Nur Atiqah melakukannya sebagai gurauan, namun video itu turut memperlihatkan kreativiti beliau dalam menghasilkannya.

Video Tik Tok itu sudah mendapat lebih 10,000 ‘like’.

“Kenapa (orang ramai samakan wajah saya dengan) Jho Low? Itu yang saya tak faham. Jadi saya pergi cari gambar Jho Low dan buat bahan (media sosial) sebab saya (rasa) benda ini macam kelakar.

“(Bagi saya) ini lawaklah walaupun dia (Jho Low) sangat dikehendaki di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Dia menyunting gambar Jho Low seolah-olah individu itu berada di belakangnya. Atiqah kemudiannya “sengih” sehingga menampakkan wajah mereka benar-benar mirip.

Graduan ijazah pengurusan hartanah dari Universiti Tun Hussein Onn itu berkata, sambutan yang diberikan warganet kepada video itu menambah keyakinannya untuk terus aktif dalam menghasilkan kandungan kreatif di media sosial.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

96  −  86  =