#WAAW: Zynakal imbas detik kehilangan ibu

 #WAAW: Zynakal imbas detik kehilangan ibu

Oleh Farhana Abd Rahman 

PETALING JAYA: Penyanyi, Zynnakal menjelaskan perayaan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza kerana terpaksa meraikannya seorang diri selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir tahun lalu.

Zynakal atau pemilik nama penuh, Muhammad Raziq Rosli mengimbas detik kehilangan ibunya, Zuraidah Ibrahim meninggal dunia pada September tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

“Sambutan Syawal pada tahun ini tidak sama seperti sebelum ini kerana saya raikannya tanpa kehadiran ibu. Apatah lagi saya tinggal seorang diri.

“Saya sangat rindukan kampung di Taiping, Perak. Rasanya dah dua tahun saya tak balik ke sana. Di sana, bapa saudara dan beberapa saudara masih ada lagi. “Antara juadah wajib setiap tahun iaitu lemang goreng yang merupakan makanan kegemaran saya.

Apatah lagi, juadah itu dikongsikan bersama sanak-saudara di kampung,” kata Zynakal.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Sakit duet bersama Yonniboy itu, dia merindukan suasana sambutan Aidilfitri di kampung.

Terbaru, Zynakal yang juga anak saudara kepada penyanyi, Zamani kini dalam proses untuk menyiapkan albumnya.

“Sekarang, sudah 70 peratus hampir siap. Dalam album itu nanti akan dimuatkan 12 lagu termasuk dua lagu lama saya,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  7  =  1