#WAAW Zizi Kirana kini tenang bila kerap bertarannum?

 #WAAW Zizi Kirana kini tenang bila kerap bertarannum?

PETALING JAYA : Penyanyi, Zizi Kirana mengakui belum layak menerima sebarang pujian dan menganggap masih dalam proses pembelajaran.

Meluahkan kesyukuran dengan pujian daripada rakan selebriti dan pengikut yang rata-ratanya terpukau dengan kemerduan alunan tarannum yang dibawanya, Zizi bersyukur dapat memberi ketenangan jiwa kepada pengikutnya di laman sosial.

“Saya memang suka belajar tarannum dan bila mengaji saya suka menggunakan tarannum soba dan hijaz.

“Tapi kali ini melalui surah ini saya ingin mencuba tarannum rast dan sikah kerana lenggok dan patah untuk lagukannya memberi cabaran baru kepada saya.

“Setiap pujian yang diberikan, masih belum layak untuk saya terima. Apa yang anda tonton atau dengar adalah milik Tuhan. Saya cuma meminjam saja.

“Saya percaya dalam keadaan ‘lockdown’ sekarang ini ramai yang mungkin tertekan, jadi saya buat bacaan sebegitu supaya dapat menyejukkan atau tenangkan hati mereka. Lebih-lebih lagi surah al-Kauthar ini berkaitan mendapatkan ketenangan jiwa,” ujarnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zizi berharap alunan tarannum rast dan sikah dari surah al-Kauthar yang dimuat naik dapat memberi sedikit ketenangan kepada seluruh individu yang kini berdepan dugaan wabak Covid-19.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  7  =  3