#WAAW: Zizan ucap hari lahir kepada diri sendiri, doa dipertemukan jodoh

 #WAAW: Zizan ucap hari lahir kepada diri sendiri, doa dipertemukan jodoh

Zizan Razak

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Mencipta kelainan, pengacara dan pelawak popular, Zizan Razak membuat ucapan memohon doa orang ramai supaya dirinya dipertemukan jodoh dengan cepat.

Memasuki angkat lewat 30-an, Zizan atau pemilik nama penuh, Mohd Razizan Abdul Razak yang berada di set penggambaran turut menerima kejutan daripada pihak pengurusan Astro tengah malam semalam.

“Assalamuailakum, ucapan happy birthday buatmu Mohd Razizan Abdul Razak. Semoga terus berjaya dan berjaya.

“Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmatimu selalu dan sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur.

“”Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan… Amin,” katanya.

Perkongsian ucapan hari jadi sempena ulang tahun kelahiran bintang utama filem Polis Evo itu turut menerima perhatian ramai rakan selebriti yang mendoakan kesejahteraan Zizan.

Malah, kebanyakkannya turut mendoakan agar bintang kelahiran Terengganu itu dipertemukan jodoh dengan segera.

Selain itu, jejaka yang baru menginjak usia 38 tahun itu turut menerima ucapan terima kasih kerana sering menceriakan suasana dengan kehadirannya.

 

“Hahahahah wish diri sendiri memang ‘win’..Selamat ulang tahun bro! Kekalkan kecomelan dan kegembiraan! Rindu betul lama tak jumpa! Jaga diri abangku,” tulis Nora Danish.

“Selamat hari jadi Abang Zizan. Terima kasih selalu buat kami gembira ketika berada di set. Semoga Allah SWT merahmati abang sentiasa. Amin,” tulis Ernie.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17  −  13  =