#WAAW Zayn Malik nafi ‘angkat tangan’ pada ibu Gigi Hadid

 #WAAW Zayn Malik nafi ‘angkat tangan’ pada ibu Gigi Hadid


LOS ANGELES : Penyanyi, Zayn Malik menafikan dakwaan mengangkat tangan terhadap ibu kepada Gigi Hadid iaitu Yolanda Hadid. 

Kontroversi berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga ada desas desus mengatakan Yolanda ingin mengambil tindakan undang-udang dengan membuat laporan polis terhadap selebriti itu. 

Malah, bekas anggota One Direction itu enggan mengulas lanjut berkenaan berita yang mencetuskan kontroversi ini.

Saya dengan tegas menyangkal dakwaan menyerang Yolanda Hadid. Malah, demi anak saya, saya mengambil pendekatan untuk tidak mengambil tindakan lanjut berhubung perkara ini,” katanya.  

Bapa kepada Khai, anak perempuan yang dilahirkan hasil hubungan cintanya dengan Gigi Hadid itu hanya berharap isu tercetus berkenaan dapat diselesaikan secara peribadi.

“Saya minta Yolanda mempertimbangkan kembali tuduhannya yang memang tidak benar itu.

Selain itu, saya juga turut berharap Yolanda akan mempertimbangkan kembali tuduhan palsunya dan menyelesaikan masalah keluarga ini secara peribadi,”katanya. 

 Zayn dan Gigi mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 dan memperolehi Kai pada September tahun lalu.

Pasangan terbabit sebelum ini pernah dilaporkan beberapa kali putus cinta, tetapi punca kali ini dikaitkan dengan peristiwa Zayn menyerang Yolanda Hadid.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  6  =