#WAAW: Zarina Zainuddin sanggup bayar wanita yang nak bersuamikan anaknya

 #WAAW: Zarina Zainuddin sanggup bayar wanita yang nak bersuamikan anaknya

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Zarina Zainuddin bersedia membayar gaji mana-mana wanita yang ikhlas ingin bersuamikan anaknya, Azal.

Zarina berkata anaknya yang kini berusia 25 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin, namun pelakon itu akui sukar untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar ikhlas.

Menurut Zarina, Azal menghidap autisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat.

“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup memberikan wang kepadanya setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?

“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.

“Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung. Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya. Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” kata Zarina.

“Azal dalam kategori autisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.

“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan.

“Malah, Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Sebagai ibu, saya juga mahu dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  3  =