#WAAW: Wany Hasrita pening tengok dinding rumah?

 #WAAW: Wany Hasrita pening tengok dinding rumah?

PETALING JAYA : Penyanyi, Wany Hasrita mengakui turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin memuncak.

Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini meluahkan kerisauannya yang mana sumber pendapatan utamanya iaitu membuat persembahan pentas terhenti buat sementara waktu.

“Walaupun dah pening asyik melihat dinding rumah je, sama-sama kita bertabah! Apa yang pasti, kita harus menang!

“Tidak kira ke mana saja anda pergi, pastikan sentiasa memakai pelitup muka,” kongsi Wany menerusi paparan di Instagram.

Menerusi hantaran yang sama di Instagram, Wany kelihatan gusar dengan situasi sekarang yang semakin parah, apatah lagi setiap individu terpaksa berkurung di rumah dan tidak bebas melakukan sebarang aktiviti luar seperti dahulu.

Meskipun begitu, Wani memilih untuk mematuhi saranan kerajaan sepanjang perlaksanaan PKP 3.0 ini.

Dia juga menyarankan agar semua peminatnya mematuhi SOP dan sentiasa memakai pelitup muka .

Luahan Wany Hasrita di laman Instagram miliknya

Tambah Wany, meskipun keadaan kini berbeza tetapi kita perlu menjalani kehidupan harian mengikut norma baharu.

Malah, Wany juga turut ralat kerana sudah lama tidak dapat bertemu dengan para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. Dia mengambil pendekatan untuk menggunakan platform digital untuk berhubung dengan kelab peminatnya.

Izz Fizz

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *