#WAAW [VIDEO] Lan Pet Pet pukul orang di jalanraya ?

 #WAAW [VIDEO] Lan Pet Pet pukul orang di jalanraya ?

Tular satu video berdurasi 23 saat sejak pagi tadi seorang lelaki yang didakwa sebagai pelawak Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan di satu jalanraya dipercayai sekitar Petaling Jaya.

Dalam video tular terbabit menyaksikan Lan mencekak seorang lelaki seterusnya bertindak memukul kepala lelaki tersebut sebelum dileraikan oleh beberapa orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Lan Pet Pet juga kelihatan mengeluarkan kata-kata berbunyi, “hang dok Tropicana hang nak tunjuk samseng dengan aku, hang tau dak aku sapa!?”.

Video itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalanraya yang melalui jalan berkenaan.

Namun lokasi sebenar dan punca kejadian masih tidak diketahui.

Pada 2019, Lan pernah terbabit dalam insiden memukul seorang pengawal keselamatan di Nilai dan Lan telah didenda oleh mahkamah sebanyak RM2,000.

Kes tersebut selesai selepas Lan berjumpa dan memohon maaf dengan pengawal terbabit.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =