#WAAW: Uyaina pakai sarung tangan 18 lapis?

 #WAAW: Uyaina pakai sarung tangan 18 lapis?

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengundang pelbagai reaksi dengan gaya pakaiannya yang sarat dari hujung kepala hingga ke kaki.

Menggenakan sarung tangan sebanyak 18 lapis, Uyaina atau pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad mencabar diri melakonkan watak yang berbeza dengan karakternya sebelum ini.

“Bagi saya, terpulang kepada pandangan masing-masing. Tapi watak Ammara ini sememangnya mengundang pelbagai reaksi penonton terutama dari segi pemakaiannya kerana berlapis-lapis.

“Gaya itu direka oleh penata gaya untuk drama itu… sesuai dengan watak Ammara yang dilihat seperti perempuan pelik atau aneh. Sebab Ammara ini seorang perempuan lain daripada yang lain.

“Sebab itu, pemakaiannya pun dilihat berbeza… Ada penonton yang dapat terima fesyen itu dan melihat ia sesuatu yang baharu tapi mungkin ada yang nampak pelik,” ujar Uyaina.

Uyaina bercerita mengenai karakter ketika sesi temu bual bersama para media mengenai drama terbaharu lakonannya itu secara maya pada Rabu.

Selain Uyaina, drama arahan pengarah Michael Ang itu juga dibintangi oleh Zul Ariffin, Riz Amin, Ramona Zam Zam, Mona Ellen dan Iman Suhana yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga mengakui dia sendiri tidak akan menggayakan fesyen tersebut yang dilihat tidak bersesuaian untuk pakaian harian.

“Untuk saya bergaya seperti itu di luar, mungkin tidak. Sebab gaya itu tidak bersesuaian untuk dijadikan sebagai daily look. Tapi kalau nak pergi acara hiburan atau fesyen, sesuai la untuk digayakan.

“Bila dah habis shooting, memang bersyukur dah tak payah lagi pakai baju banyak lapisan. Tapi sejujurnya, bukan sahaja karekter dan jalan cerita yang akan ingat tetapi pakaian juga,” ujarnya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *