#WAAW Usah perbesarkan isu dadah dikalangan penggiat seni – Pekin Ibrahim

 #WAAW Usah perbesarkan isu dadah dikalangan penggiat seni – Pekin Ibrahim


PETALING JAYA : “Saya berpendapat isu dadah dikalangan industri kreatif tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukan perkara baru lagi. Lebih baik kita fokus kepada menjaga diri kita sendiri daripada mencari salah orang lain.

“Lebih baik kita memberikan peluang kedua kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini. Apatah lagi, ramai penagih dadah di luar sana, mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian”.

Demikian luah pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim yang menyuarakan pendapat peribadi berhubung isu dadah dikalangan penggiat seni.

Baginya, isu ini sekiranya diperbesarkan sekali gus memberikan impak negatif terhadap industri seni kreatif.

Pekin menegaskan,lebih menyedihkan kerana segelintir pihak yang lantang menyuarakan pendapat mengenai penyalah gunaan dadah turut menggunakan bahan terlarang itu.

“Sama-sama jaga maruah industri seni jangan terus menghukum dengan menyenarai hitam dengan menutup terus periuk nasi individu yang terbabit. 

“Mereka diluar sana pasti mempunyai pandangan negatif terhadap penggiat seni. Kadang kala hendak memberitahu saya pelakon pun jadi malu. Janganlah penggiat seni sendiri perbesarkan isu ini.

“Rasanya semua lebih maklum apa yang cuba saya katakan ini. Namun, ia sekadar pendapat peribadi saya,” kata Pekin.

Pekin mengulas mengenai cadangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memperketatkan permohonan mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dengan mewajibkan laporan ujian air kencing bagi mengelak kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan kru produksi dan pelakon.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

55  −    =  53