• Sunday, 20 June 2021, 12:37 pm

#WAAW: Ummi Nazeera demam panas sebelum melahirkan anak kedua

 #WAAW: Ummi Nazeera demam panas sebelum melahirkan anak kedua

PETALING JAYA : Pelakon, Ummi Nazeera mengalami demam panas ketika sakit bersalin anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, bersyukur urusan bersalin dipermudahkan dan selamat bersalin bayi perempuan seberat 3.2 kilogram secara normal.

Ummi turut bersyukur dia dan bayi berada dalam keadaan baik biarpun mengalami demam panas ketika proses bersalin.

“Alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun lalu. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.2kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat.

“Walaupun saya demam panas sekejap dengan suhu 38.3 celsius semasa dalam bilik bersalin… syukur sangat semuanya selamat.

“Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya,”katanya.

Pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia tiga tahun.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *