• Wednesday, 16 June 2021, 7:28 am

#WAAW: Trend bunuh diri di media sosial membimbangkan – Amber Chia

 #WAAW: Trend bunuh diri di media sosial membimbangkan – Amber Chia

Amber Chia merupakan salah seorang ikon media mewakili Yayasan KRU

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Bimbang akan keselamatan dan kesihatan mental generasi akan datang, Amber Chia ingin membangkitkan kesedaran trend yang kini tular di pasaran digital China.

Meraih populariti dan pengikut di laman sosial Instagram, Amber Chia berhasrat membanteras sebarang perkongsian secara digital yang membabitkan nyawa.

Amber Chia berhasrat membanteras sebarang perkongsian secara digital yang membabitkan nyawa.

“Saya tidak tahu sekiranya ramai maklum mengenai trend yang semakin berleluasa di media sosial ketika ini. Baru-baru ini saya terlihat seorang ‘influencer’ mengelar leher sehingga berdarah secara ‘live’.

“Perkongsiannya itu membuatkan dia meraih banyak pengikut, jadi saya tidak mahu mereka yang melihat terpengaruh. Nyawa bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli, bagaimana jika mereka meniru dan meninggal dunia akibat perkongsian itu?

“Apatah lagi, saya mempunyai anak kecil yang sedang membesar. Semestinya saya tidak mahu anak saya membesar dalam suasana yang kurang sihat itu. Jadi, jangan popularkan mereka yang menggunakan cara yang salah untuk popular,” tegas Amber Chia.

Dilantik menjadi salah seorang ikon media untuk Yayasan KRU, Amber berpendapat penting mengenegahkan barisan selebriti yang menyebarkan aura positif menerusi platform media sosial.

Tambahnya, penting bagi seseorang selebriti untuk mengekalkan imej yang bersih untuk menjadi ikutan pengikut di platform digital.

Mampu mempertahankan nama dan bakat selama dua dekad dalam bidang peragaan adalah perkara sangat indah buat Amber. Walaupun usia mencecah 39 tahun dan era gemilangnya mungkin sudah berlalu, Amber rasa bertuah dengan nikmat kehidupan dimiliki kini.

“Selebriti media sosial memainkan peranan penting dalam arus teknologi masa kini. Apa yang dikatakan dan dibuat di media sosial menjadi ikutan, jadi seharusnya mereka menyebarkan perkara positif.

“Malah, negara ketika ini berdepan pandemik bagi menghalang penyebaran wabak COVID-19 dan sekali gus memberikan kuasa kepada media sosial. Perkara bunuh diri dan sebagainya tidak bagus untuk kesihatan mental terutama pada waktu begini,” tegas Amber.

Selain Amber, Yayasan KRU turut membariskan selebriti seperti Datin Lisa Surihani, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Dato’ Nancie Foo,

Prihatin dengan situasi semasa yang mana ramai orang terjejas pendapatan akibat Covid-19, Yayasan KRU tampil mengajak golongan belia dari kalangan keluarga kumpulan B40 menjadi sukarelawan untuk menjayakan program Kita Jaga Kita yang bakal diperkenalkan pada 1 Jun ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *