#WAAW: Toh Puan Julie Faridah meninggal dunia

 #WAAW: Toh Puan Julie Faridah meninggal dunia

Kredit foto Filem Klasik Malaysia

Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Pantai di Ipoh pada jam 1.37 pagi 30 Mei 2021 akibat jangkitan virus.

PETALING JAYA : Seorang lagi permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Pantai di Ipoh pada jam 1.37 pagi 30 Mei 2021 akibat jangkitan virus.

Menurut anak beliau,Aziah Jasmin, ibunya meninggalkan dunia di sisi tiga orang anaknya dengan tenang setelah dua minggu dimasukkan ke hospital.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di rumah kediamannya di Jalan Watson, Ipoh, Perak sebelum dibawa ke Perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta untuk dikebumikan bersebelahan kubur suaminya sekitar jam 11 pagi semalam.

Segala perjalanan urusan pengkebumian juga berjalan lancar. Malah, pihak keluarga arwah juga terharu kerana arwah ibu mereka diberikan penghormatan untuk semadikan diperkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta, Ipoh, Perak.

Beliau dikenali dengan watak “Faridah” menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P.Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967.

Beliau juga pernah muncul dalam filem Mekanik pada tahun 1983. Beliau dilahirkan pada 25 November 1944 di Bentong Pahang.

Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk terus aktif didalam dunia seni disebabkan mengikut arwah suami beliau Dato’ Sri Azizul Hassan yang bekerja sebagai Pegawai Kanan Polis pada ketika itu yang bertugas dan berpindah-pindah. Malah, suami beliau juga adalah Orang Besar Jajahan Kinta.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *