#WAAW Tidak sampai tiga jam, pelitup muka PU Riz dan Neelofa ‘sold out’

 #WAAW Tidak sampai tiga jam, pelitup muka PU Riz dan Neelofa ‘sold out’

PETALING JAYA : Pelitup muka yang dijual oleh pengacara, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail terjual sebanyak 220,000 helai tidak sampai tiga jam dilancarkan.

Haris berkata, dia sendiri tidak menyangka sambutan luar biasa yang diberikan terhadap pelitup muka Markaz Tijaari yang dikeluarkan oleh syarikatnya itu.

“Alhamdulillah saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah.

“Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tetapi  sudah habis ditempah. Namun, jangan bimbang kerana kami sedang berusaha untuk menambah stok” katanya.

Sementara itu, Haris berkata, pelitup muka Gholak bermaksud tertutup ini mempunyai empat lapisan yang berkualiti dan dapat mencegah penularan wabak COVID-19

.

Tambahnya, pihaknya juga merancang untuk menambah beberapa koleksi warna untuk keluaran akan datang.

“Pelitup muka keluaran kita ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding yang terdapat dipasaran ketika ini. Itu adalah kelainan dan keistimewaan pelitup muka ini.

“Kami sudah merancang untuk mengeluarkan produk ini sejak Disember lalu, namun ambil masa sedikit disebabkan kami ingin memastikan kualiti produk ini.

“Buat masa ini hanya warna putih dan Insyallah akan datang kami keluarkan pelbagai warna” ujarnya.

Markaz Tijari sebelum ini mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang turut mendapat sambutan menggalakkan.

Untuk rekod, Markaz Tijaari adalah usaha Ustaz Haris dan Neelofa membantu rakyat Malaysia terutama golongan suri rumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  +    =  56