• Sunday, 20 June 2021, 11:35 am

#WAAW: Tidak lagi “kurung diri”, Mafarikha kembali bangkit dari episod hitam ?

 #WAAW: Tidak lagi “kurung diri”, Mafarikha kembali bangkit dari episod hitam ?

Selepas mengakui “mengurung diri” akibat penceraian perkahwinan sekitar awal 2019 lalu, Mafarikha atau Mafa kini dilhat membuat percubaan untuk bangkit dari episod hitam yang melanda dirinya.

Nama penyanyi ini juga kembali “panas” apabila diangkat untuk bekerjasama dengan Disney+Hotstar membawakan suara bagi watak Elsa versi Bahasa Melayu untuk filem Frozen 2.

“Angan-angan jadi kenyataan, dulu berangan nak nyanyi lagu Disney, now i dapat jadi Elsa. Langgani Disney+ sekarang.

“Saya sangat gembira untuk menjadi sebahagian hiburan kanak-kanak,” tulis Mafarikha di Twitter @marafikha.

Ciapan Mafarikha di Twitter mengenai kerjasama sebagai watak Elsa untuk filem Frozen 2 versi bahasa Melayu.

Sudah tentu ini antara kepuasan yang dinantikannya selepas hampir 11 tahun berjuang menempatkan diri dalam industri hiburan selepas bergelar naib juara program musim pertama Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Mafarikha juga dilihat aktif berkongsi aktiviti harian dirinya di laman media sosial, memberi bayangan telah “move on” dari episod hitam berkenaan.

Mafarikha juga dilihat aktif berkongsi aktiviti harianya di media sosial.

Mafarikha juga dilihat aktif berkongsi aktiviti harianya di media sosial

Selepas beberapa tahun gagal menempat diri di kedudukan yang diharapkan dalam industri muzik tanah air, penyanyi ini tampil secara mengejut dalam sebuah program antarabangsa, Asia Got Talent pada 2017.

Persembahannya menyanyikan lagu hit Mariah Carey bertajuk Hero ternyata berbaloi apabila mendapat pujian dan tepukan gemuruh dari penonton dan juri program antararabangsa tersebut iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park yang berdiri memberikan penghormatan selepas persembahan itu.

Mafarikha ketika membuat persembahan dalam program antarabangsa, Asia Got Talent pada 2017

Selepas pembabitannya dalam program tersebut, Mafarikha dilihat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rumahtangga dan memperlahankan aktiviti seninya. Namun jodohnya tidak kekal lama dan berpisah sekitar awal 2019.

Penyanyi ini kini kembali dengan lagu Kabut Serangkai Mawar, sebuah lagu klasik nyanyian Zaiton Sameon dan ciptaan Dato╩╝ M. Nasir, telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ╩╗remake╩╝.

Mafarikha kini turut dikenali ramai sebagai jurusolek profesional

Mafarikha sememangnya dikenali dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, Mafarikha dilihat tiada masalah untuk menyanyikan lagu ini.

Gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ╩╗masterpiece╩╝ dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Dato M Nasir. Hasilnya merupakan satu penyampaian yang indah.

Mafarikha telah berjaya menyalurkan suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan karektor tersendiri.

Mafarikha telah pun tampil menyanyikan 5 buah sejak 2011 hingga 2016, selain aktif sebagai penyanyi, Mafarikha kini turut dikenali sebagai jurusolek profesional.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *